Di Indonesia terdapat berbagai macam keudayaan. Kebudayaan yang ada Indonesia harus kita lestarikan agar kebudayaan tersebut tidak diambil oleh negara lain. Kebudayaan dikatakan komponen terpenting dalam diri seseorang
itu dan negaranya. Negara kita memiliki berbagai kebudayaan yang unik. Semua negara mempunyai kebudayaan mereka yang tersendiri dan berasa
bangga akan kebudayaan itu. Begitu juga dengan negara kita yang memiliki berbagai etnik dan sudah pasti kebudayaan yang berwarna-warni untuk
dihayati oleh semua lapisan masyarakat. Masyarakat luar melihat
kebudayaan negara ini begitu unik.
Kebudayaan
berupaya menjadikan masyarakat itu unik karena setiap
masyarakat memiliki amalan budaya yang tersendiri. Pada masa yang sama, kebudayaan memberikan satu
perasaan bangga akan kaum sendiri. Sikap bangga ini mampu memberikan
satu semangat kepada masyarakat untuk melestarikan kebudayaan mereka masing masing. Kehidupan modern yang penuh
dengan kecanggihan menyebabkan individu begitu
mudah melupakan kebudayaannya. Jadi, kebudayaan boleh menjadi satu
benteng yang menghalang berlakunya proses kehilangan kebudayaan dalam
diri seseorang itu.
Malahan, kebudayaan yang diamalkan oleh
seseorang mampu memberikan pandangan positif masyarakat luar akan
individu tersebut. Pemakaian pakaian tradisional yang semakin dilupakan
mampu memberikan tafsiran positif kepada orang luar apabila melihat
seseorang itu masih memakai pakaian tradisinya. Orang luar melihat
betapa kebudayaan negara ini diutamakan oleh ahli masyarakatnya menerusi
amalan seharian yang mengutamakan kebudayaan pula. Jelaslah, kebudayaan
mampu memberikan pandangan positif kepada masyarakat daripada kaca mata
orang luar.
Kebudayaan juga boleh menjadi satu alat perpaduan
yang mampu merapatkan hubungan antara kaum. Pengamalan sesuatu amalan
budaya itu sudah pasti akan menimbulkan rasa akrab dan kesatuan yang
mendalam dalam setiap jiwa manusia. Makanan tradisi, pakaian tradisi,
budaya lama dan perayaan tradisi semuanya memberikan satu perasaan
kekitaan yang mendalam dalam jiwa individu tertentu. Jelaslah,
kebudayaan mampu mengukuhkan semangat perpaduan antara masyarakat
terutama dalam negara yang berbilang kaum ini.
Pemilikan
kebudayaan yang mendalam turut memberikan impak positif kepada tahap
nasionalisme dalam diri masyarakat. Kebudayaan biasanya dikaitkan dengan
perasaan cinta akan negara yang mendalam dan kebudayaan juga boleh
menjadi alat yang mampu memupuk semangat nasionalisme ini. Masyarakat
semakin sanggup mempertahankan negaranya kerana mereka sedar merekalah
pelindung kepada keseinambungan kebudayaan yang sejati. Maka, kebudayaan
boleh meningkatkan tahap cinta akan negara seseorang itu dengan begitu
mudah.
Kesimpulannya, kebudayaan itu merupakan satu komponen
penting dalam sesuatu kaum atau masyarakat. Kegagalan mengangkat
martabat kebudayaan ini boleh membawa impak negatif kepada pembangunan
kaum itu secara keseluruhannya. Kebudayaan juga boleh menjadi
satu-satunya pengenalan diri yang amat bermakna buat seseorang itu.
Bayangkan diri kita tanpa kebudayaan?
~beberapa foto kebudayaan yang ada di Indonsia (http://lickandi.blogspot.com/2011/10/pawai-budaya-jawa-timur-ke-66.html)~
~TULISAN by ANI YUNITA SARI
Tidak ada komentar:
Posting Komentar